Sekatan jalan raya Mat_Rempit

Berbagai sekatan jalanraya yang diberikan nama Ops, sering diadakan oleh pihak polis untuk membendung kegiatan jenayah ini. Sekatan jalanraya sering diadakan dimalam hujung minggu, malam cuti umum seperti Hari Raya, Deepavali, Tahun Baru Cina dll, malam Tahun Baru dan malam musim cuti sekolah. Walau bagaimanapun kadang-kadang terdapat kaki atau perisik haram yang memberi amaran kepada kumpulan Mat Rempit agar tidak berlumba pada waktu yang ditentukan kerana satu ops sudah dirancang. Sekatan jalan raya oleh polis trafik ini dianggap sebagai satu cabaran yang menyeronokkan bagi Mat-Mat Rempit. Mereka akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ini amat membahayakan kepada diri mereka dan juga kepada pengguna jalanraya yang lain. Ada juga yang merempuh sekatan jalan raya. Mereka tidak memperdulikan kehadiran polis trafik yang bersenjata api dan berkayu cota. Mereka juga tidak memperdulikan keselamatan diri mereka, pembonceng, polis, pengguna jalanraya dan orangramai. Sikap biadap mereka ini sering membawa akibat yang buruk seperti kemalangan dan ada juga yang membawa maut. Ibu bapa dan masyarakat yang rosak moral mereka akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu pada rim tayar yang bergerak laju untuk mengelakkan Mat Rempit melarikan diri. Keadaan ini memburukkan lagi keadaan kerana mangsa akan jatuh dan mengalami kecederaan parah kerana motosikal akan terhenti dengan mengejut. Akhirnya pihak penguasa serik memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja.[7]

Rujukan

WikiPedia: Mat_Rempit http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php... http://ohtidak.com/2008/12/oh-nasib-si-mat-rempit-... http://star-motoring.com/blog/permalink.asp?id=23 http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Tuesday/M... http://www.sinarharian.com.my/dunia-rempit-ibarat-... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt... http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/negeri-sem...